::CINTA PRSB::

BAB 2-Bilik baru

Sampai sahaja di rumah sewa, katil masih belum siap dipasang, lantai belum lagi dimop.Almaklumlah, bilik tersebut belum lagi diduduki sebelum ini. Dengan kepakaran dan sepenuh tenaga ditambah seri dengan kekuatan “aura peluh”, aku dan ayah dibantu oleh kakak dan abang ipar bertungkus-lumus membersihkan agar selesa untuk menjadi tempat berteduh.Emak sabar menunggu, melayan si comel Haziq yang baru sahaja pandai berjalan dan sangat lincah bermain.Alhamdulillah, ujian buat Haziq dengan ujian sakit yang diturunkan olehNya dapat ditempuh oleh si kecil itu dengan penuh tabah dan kuat semangat. Dia menjadi sumber inspirasiku untuk terus kuat menempuh hidup yang tidak tahu bila akan matinya.Sebelum meninggalkan aku di hadapan pintu pagar rumah, ayah sempat bergurau denganku.

“Dari Lia tingkatan 1, mak dengan ayah tolong hantarkan ke asrama, ni dah besar pendek, dah nak bekerja dah, nak juga suruh mak dengan ayah hantarkan, manja betul!” .

Sambil tersenyum aku membalas,

“Bila lagi dapat jumpa dan bermanja-manja dengan mak dan ayah kalau bukan sekarang”

Dengan lambaian yang begitu syahdu dan sebak, mereka berlalu pergi meninggalkanku dengan mengharapkan sesuatu yang terbaik dariku. Ku menghitung-hitung setiap jam untuk sampai kepada waktu esok.Cabaran kerja baru sahaja bermula…

~ by sue on June 5, 2009.

2 Responses to “::CINTA PRSB::”

  1. alhamdulillah satu lagi fasa hidup seorang student sedang bermula. kite doakan su dapat menjalani prektikel dgn dedikasi, amin. gali sbanyak mana ilmu yang ada moga2 sem depan ilmu2 yang da dikutip dapat dimanfaatkan sebaik2nya, insyaAllah.

    mekaseh kak wawa! doakan kite eh :)

  2. teruskan usaha..nanti manja2 kan mak ayah lah…huuu

    ganbarimassss !

Leave a Reply