Rejab-Syaaban-Ramadhan

“Alamak,dah bulan Rejab ke?abis dah ketinggalan untuk berpuasa sunat sepanjang Rejab”

“Alamak,tgk2 kalender,x perasan pulak bulan Rejab da nak berakhir,xpelah, berpuasa sunat mana yang dapat,InsyaAllah,smg ikhlas kerana Allah”

“Dah bulan Rejab? Xlama lagi bulan Ramadhan pulak,lepas tu RAYA!!”

Sedar x sedar bulan Rejab dah melabuhkan tirai,x lama lg hadirnya Syaaban,disusuli pula bulan Ramadhan. Kadangkala bila sudah sibuk dengan hal keduniaan,kita terlupa dengan segala hal-hal penting seperti ini.Saya juga mengakuinya.Rasa amat sedih kerana saya baru menyedari kehadiran Rejab di pertengahan kehadirannya. Maka, saat-saat akhir Rejab melabuhkan tirainya ini,InsyaAllah saya akan isikan dengan berpuasa sunat,walaupun tidak dapat penuh,saya cuba untuk melakukan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Sabda Nabi S.A.W:- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

Di sini saya sertakan beberapa keistimewaan bulan Rejab:

- - Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya

- Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. ( Al-Hadis)

- Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)

- Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

- Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

- Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

- Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga

- Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

- - Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu

- - Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga

- - Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

- - Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

- - Rejab ertinya ta’zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan)………dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Semoga amalan yang sedikit dan dilipatgandakan setiap masa akan diberkati oleh ALLAH TAALA,insya ALLAH,kepada sahabat muslimat yang masih belum menggantikan puasa Ramadhan yang lepas,baiklah berbuat demikian sebelum tibanya Ramadhan yang seterusnya…janganlah mengambil remeh dengan puasa Qada’ kerana itu adalah puasa wajib.Hukum wajib:di buat dapat pahala,x dibuat dapat dosa…(T_T)

::.Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya kesemuanya , laksanakanlah sebahagiannya & janganlah ditinggalkan semuanya.::

~ by sue on July 28, 2008.

One Response to “Rejab-Syaaban-Ramadhan”

  1. alhamdulillah..
    semoga kite sama2 berjumpa dengan bulan yang mulia yakni bulan Ramadhan.

    aaa..miiinnn…
    ;O ).


    amin ..smg bertemu dgn Ramadhan yang bakal tiba ameen :)

Leave a Reply