::Buat Ayah::

•June 27, 2009 • 3 Comments

Saya tahu, saya sudah terlambat untuk mengucapkan selamat hari bapa pada waktu yang tepat, tetapi saya rasa, saya masih belum terlambat untuk menulis sesuatu buat insan yang teramat istimewa di hati saya. Insan yang dipanggil ayah, sehari dan selama-lamanya.

Ingatan saya sangat kuat kalau mengenang kisah antara saya dan ayah. Pengorbanan ayah memang tidak dapat dibalas dengan jutaan ringgit kerana nila pengorbanan ayah terlalu infiniti. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa nilai pengorbanan ayah.

Sewaktu saya di tingkatan 1 sehinggalah saya tamat belajar tingkatan 3 di sekolah SMKTA, ayah hanya mampu menghantar saya menaiki motosikal untuk pulang ke asrama dan memang sehingga sekarang, motosikal sahajalah yang masih digunakan oleh ayah untuk ke mana-mana.Petang itu, hujan sangat lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.Ayah semakin risau. Menunggang motosikal dalam keadaan hari hujan memang sangat berbahaya. Baldi besar nak dibawa. Itu belum lagi ditambah dengan beg pakaian dan payung.

“Takpelah Lia, Kita redah jelah hujan ni.Nanti kamu kena denda pulak sebab balik lewat”

“Eh, kita tunggu jelah sampai hujan berhenti ayah”

“Kalau nak tunggu hujan berhenti, alamatnya, sampai ke malamlah jawabnya”

Lalu, saya bersiap-siap memakai baju outing dan mengangkat beg ke motor ayah.

Ayah pesan, kalau pegang payung kat belakang kena kuat-kuat, takut diterbangkan angin.Dalam rintik huja yang lebat, ayah memecut agar segera sampai ke asrama. Malang tidak berbau, dalam keadaan jalan yang sangat licin, ayah tidak sedar yang tayar motornya botak licin.Bunga-bunga tayar sudah haus di makan jalanraya.Motosikal yang dipandu ayah tidak dapat dikawal kerana jalan yang sangat licin lalu terbalik dan terpelanting di tepi jalan.Saya jatuh tergolek dengan barang-barang bersepah di atas jalan. Waktu itu saya tidak hiraukan apa yang terjadi pada saya.Yang saya risaukan adalah ayah.Ayah sudah terbaring tetapi ayah masih mampu bangun dengan kaki yang terjengkut-jengkut.Ayah cepat-cepat berlari ke arah saya.Ayah sangat risau dengan keadaan saya walhal waktu itu saya cuma terseliuh di kepala lutut sahaja.

“Lia takde pape ke?ada cedera mana-mana ke?ayah tak perasan tayar moto ni dah botak”bersuara si ayah dalam keadaan yang hiba

“takde cedera apa-apa ayah.terseliuh sikit je”saya cuba menenangkan ayah

dalam keadaan ayah risaukan tentang keadaan diri saya, saya terlihat yang tangan ayah berdarah.Seluar di bahagian lutut ayah koyak dan darah mengalir setitis demi setitis akibat bergesel dengan jalanraya.Waktu itu air mata saya mengalir tiba-tiba tetapi tidakd disedari oleh ayah disebabkan air hujan yang telah jatuh membasahi muka.Barulah saya tahu, ayah cedera teruk petang itu tetapi disebabkan risaukan keadaan saya, ayah membiarkan segala keperitannya. Bukan tiada kenderaan yang berhenti untuk menghulurkan bantuan.Ada, tapi ayah tolak secara baik.

“Pakcik, kenapa ni?eksiden ke?nak saya tumpangkan tak?

“Eh, takpe-takpe, moto hidup lagi ni.Saya boleh bawak lagi moto ni .Nak hantar anak balik asrama je”

Tersedu-sedu saya menangis mengenangkan pengorbanan ayah yang amat menusuk kalbu itu.

Sampai sahaja di asrama, ayah masih bertanya lagi untuk mendapat kepastian samada saya cedera atau tidak

“Lia ok tak ni?”

“Ok, ayah, kite terseliuh sikit je.Ayah, tengok tu, tangan ayah berdarah”

“Alah, takpelah, sikit je ni , oklah, kalau takde papa, ayah nak balik dulu.hujan pun dah berhenti, Belajar rajin-rajin”

“terima kasih ayah…”

Ayah berlalu pergi meninggalkan saya.Saat itu..hati saya terlalu hiba dan sangat terharu.Kagum dengan ketabahan ayah.Bermula saat itu saya berjanji dan memasang tekad untuk membalas jasa ayah walaupun terpaksa bergadai nyawa dan sehinggalah sekarang saya terus berusaha keras untuk ayah dan keluarga..

buat ayah..

selamat hari bapa..

walaupun ayah tidak membaca tulisan ini..

tapi sudut hati ini selalu berkata..

ayah sentiasa berdoa untuk kejayaan saya..

saya hanya mahu ayah..

ayah sahaja ayah di hati saya..

andai antara kita sudah tiada..

doa dan kasih sayang penjalin setia…

lia sayang ayah…:(

Selamat Hari Bapa untuk para bapa di luar sana dan untuk insan yang akan bergelar bapa tidak lama lagi.Biarlah anda tidak digelar “Bapa Pembangunan” oleh masyarakat asalkan anda digelar “Bapa Mithali” untuk isteri dan anak-anak anda sendiri

::Gomennasai::

•June 5, 2009 • Leave a Comment

Salam sahabat-sahabat yang setia…

buat sahabat-sahabat yang setia memberi komen yang membina di blog saya ini..

maaf banyak-banyak saya tidak sempat untuk membalas dalam masa yang terdekat.

Terima kasih kepada pembaca yang setia dan pengomen yang setia..jasa kalian amatlah dihargai

InshaAllah..ada masa lapang di tambah dengan kemudahan internet yang senang dijumpai, saya akan balas dengan secepat mungkin!

Mohon doa dari kalian selalu..

tomodachi desh!gommennasai T_T

::CINTA PRSB::

•June 5, 2009 • 1 Comment

Bab 3- Hari Pertama bergelar trainee

DSC01546

DSC01533

PPD

DSC01544

DSC01525

DSC01529

::CINTA PRSB::

•June 5, 2009 • 2 Comments

BAB 2-Bilik baru

Sampai sahaja di rumah sewa, katil masih belum siap dipasang, lantai belum lagi dimop.Almaklumlah, bilik tersebut belum lagi diduduki sebelum ini. Dengan kepakaran dan sepenuh tenaga ditambah seri dengan kekuatan “aura peluh”, aku dan ayah dibantu oleh kakak dan abang ipar bertungkus-lumus membersihkan agar selesa untuk menjadi tempat berteduh.Emak sabar menunggu, melayan si comel Haziq yang baru sahaja pandai berjalan dan sangat lincah bermain.Alhamdulillah, ujian buat Haziq dengan ujian sakit yang diturunkan olehNya dapat ditempuh oleh si kecil itu dengan penuh tabah dan kuat semangat. Dia menjadi sumber inspirasiku untuk terus kuat menempuh hidup yang tidak tahu bila akan matinya.Sebelum meninggalkan aku di hadapan pintu pagar rumah, ayah sempat bergurau denganku.

“Dari Lia tingkatan 1, mak dengan ayah tolong hantarkan ke asrama, ni dah besar pendek, dah nak bekerja dah, nak juga suruh mak dengan ayah hantarkan, manja betul!” .

Sambil tersenyum aku membalas,

“Bila lagi dapat jumpa dan bermanja-manja dengan mak dan ayah kalau bukan sekarang”

Dengan lambaian yang begitu syahdu dan sebak, mereka berlalu pergi meninggalkanku dengan mengharapkan sesuatu yang terbaik dariku. Ku menghitung-hitung setiap jam untuk sampai kepada waktu esok.Cabaran kerja baru sahaja bermula…

::CINTA PRSB::

•June 5, 2009 • 1 Comment

BAB 1 -Pembukaan

Petang ahad itu, Allah turunkan mendung dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa bagi menantikan kedatangan hujan lebat yang bakal turun bila-bila masa sahaja  .Nikmat Allah ini seolah-olah merestui dan memberkati perjalanan kami sekeluarga ke Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.Aku bakal bermastautin di sini, di kediaman yang baru selepas 2 tahun menghijrahkan diri di utp.Kehidupan baruku di rumah seorang sahabat yang suka dipanggil dengan gelaran “dayah putri”.Jasa baiknya serta seluruh keluarganya menyewakan bilik untukku beserta 2 lagi sahabat baikku iaitu a’an dan fatin sangat-sangat dihargai.Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik kalian beserta duit sewa yang akan di bayar setiap bulan sehinggalah tamat tempoh pendudukan kami di rumah itu.Maka tinggallah kami berempat menjadi “trainee” di Petronas Research Sdn.Bhd atau lebih sedap diberi singkatan PRSB, Bangi yang berkuatkuasa  mulai 1 Jun 2009 hinggalah 8 Januari 2010.8 bulan!Arghhh!terasa begitu lamanya perjalanan internship ini. Kalau nak  dibandingkan dengan pelajar-pelajar IPTA, mereka hanya menjalani latihan industry selama 2 bulan sahaja dan dilakukan semasa semester pendek mereka.Untuk kami selaku pelajar utp, latihan industri atau internship dijalankan sepanjang satu semester dan berjumlah 14jam kredit.Kalau bernasib baik dengan kerja-kerja yang berlambak-lambak setiap hari , 8 bulan ini akan berasa sungguh sekejap.tup..tup sudah pulang semula ke universiti dengan membawa gelaran “final year student”.Tetapi, kalau kerja goyang kaki, tunggu alaun masuk tiap-tiap hari, maka 8 bulan dirasakan seperti 8 tahun. Ya Allah! ujian kecil yang begitu berat untukku demi menghabiskan saki-baki kehidupan sebagai mahasiswa dan mendaki tangga-tangga teratas untuk menjadi tunas yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang demi Agama, Bangsa dan Negara.Aihh..cewah..madah berhelah pulak.Mesti!angan-angan indah seperti mat jenin penting!barulah bersemangat untuk mencapai matlamat hidup!

::Dasar Perompak, tunggulah balasan di akhirat nanti! (II)

•June 5, 2009 • 2 Comments

Tatkala pakngah datang bersama makngah dan adik perempuan, siti najihah..si siti najihah bertanya pada kakaknya.

“akak, tau tak yang rumah ayah kene masuk perompak?”

“Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?” dengan mata yang terbeliak, memang saya sangat terkejut beruk.

“da terlepasssss cakap dah si jiha ni” makngah bersuara.

Oooo..rupa-rupanya mereka semua menyembunyikan sesuatu daripada saya.Patutla saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Betul ke rumah mak ayah kena masuk perompak?bila kena?apa yang kena rompak?

Bertubi-tubi soalan di lontarkan kepada mereka bertiga.Saya rasa sungguh terkejut dan sangat kecil hati kenapa mereka sembunyikan perkara penting ni dari saya.Ye. saya akui, saya sangat sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan keluarga, tapi saya juga ada hak untuk tahu dan sangat perlu ambil tahu.

“Mak tak bagitahu kau sebab mak kau taknak kau terganggu masa jawab periksa”

Barulah faham..betapa mak dan ayah sangat menjaga hati saya.Mereka tidak mahu fikiran saya terganggu bila mendengar berita yang kurang baik dari mereka.Dari situ barulah saya faham yang mereka sangat menitikberatkan focus dan iltizam yang teguh pada perkara yang lebih penting.

Bila dapat tahu berita tersebut, sepantas kilat saya terus menghubungi emak di Tenggaroh.

“Assalamualaikum emak, emak sihat?”

“Wa’alaikumsalam, mak ok je”

“Mak, betul ke rumah kita masuk perompak?”

“ooo, kau dah tahu ek?siapa bagitau kau?”

“Jiha yang bagitahu.Dia terlepas cakap”

“Memang betul pun,hari sabtu lepas (16 Mei 2009) perompak masuk, tapi Alhamdulillah, kami takda pape”

Syukur Alhamdulillah..lega hati mendengar..

“Mak, ceritalah dari A hingga Z”

Saya tahu, emak saya wartawan saya yang paling pakar. Setiap cerita tidak pernah tertinggal walau setitik dakwat pun.

“Macam ni, malam tu mak takde kat rumah, mak tidur rumah makcik kau dekat JB, tinggal ayah, abang dengan abad dekat rumah.Pukul 2.30 pagi abang kau baru balik berjalan.Tiba-tiba dia kata dia terlelap padahal waktu  tu dia selalu tidur lewat”

“Ayah pulak macaman mak?”

“Tak lama lepas tu,ayah kau pegi tandas.Bila nak tidur balik semula, dia Nampak ada kelibat orang tengah bukak peti ais.Orangnye gemuk pendek.Mula-mula Ayah kau ingatkan abang kau pegi dapur nak mentong, tapi bila dia tengok lelaki tu jalan dengkot-dengkot seolah-olah macam tak nak bagi orang dengar bunyi tapak kaki dia, apalagi, ayah kau meluru ambil pahat yang dia simpan dalam bilik tu dan terus kejar lelaki tu..ayah kau cuak jugak, tapi buat-buat la macam superhero, tapi perompak tu lari laju. Terus hilang lari ke semak belakang.”

“Jadi barang apa yang kena rompak”

“Handphone yang ada kat tangan abang kau, duit dan PS game abang kau punya kena rompak”

“Macamana perompak tu boleh masuk pulak?” wah! Macam polis menyiasat kes rompakan

“Dia masuk ikut tingkap bilik abang kau, dia gunting besi  yang dekat tingkap tu.Habis barang abang kau bersepah-sepah dekat bilik”

“Takpelah mak, tengoklah suatu hari nanti, perompak tu dapat balasan juga, ambil barang yang bukan hak dia”

“Takpelah, benda nak jadik, lepas ni kene lebih berhati-hati dan yang paling best, abang kau dah jadi jaga rumah sekarang, dia tak tidur malam sebab trauma kene pukau dengan perompak tu”berderai ketawa mak dekat hujung talian.

“Hah..padan muka dia, sape suruh balik lewat-lewat malam jadi kutu embun, kan dah kene dekat batang hidung sendiri”

“ishk kau ni, tak baik cakap abang kau macam tu, benda nak jadik nak buat macamana”

Maaf eh abang long, mengata kau dekat sini.

Betul, memang betul dan sangat-sangat betul, bila benda yang tidak diingini tak kena pada diri kita, kita akan terus terleka, tapi bila sekali dah terkena, kita akan rasa serik dan selepas itulah barulah kita ambil tindakan yang lebih teliti dan lebih berhati-hati.Bak kata pepatah “sudah terhantuk barulah nak terngadah”

Buat kau wahai perompak..takpelah..ambillah apa yang kau rasa kau nak ambil, mungkin orang kata bukan rezki aku tapi dah rezeki kau.

Tapi..tunggu  jelah eh..tunggu je lah Allah hubungi kau bila-bila masa nanti.Itu urusan kau dengan Maha Esa. Aku tak layak untuk berkata apa-apa…

Yang penting. .”TINGKATKAN KESELAMATAN, KURANGKAN ROMPAKAN!”

-SEKIAN-

::Sabar Dulu ek::

•June 2, 2009 • 1 Comment

Salam rindu buat semua..

maaf sangat-sangat..entri sambungan dari cerita perompak masih dalam pembikinan dan entri baru untuk cinta PRSB dan entri-entri lain semua dalam susunan untuk diletakkan di blog sekolah kehidupan ini..

Memandangkan diri ini masih sibuk dengan hari-hari baru menjadi trainee. Ni pun curik-curik tulis (pinjam intenet kat library PRSB)

Bacalah entri yang lain-lain dulu ek?

 -sueabubakar-

 

::dasar perompak!tunggulah balasan di akhirat nanti!::

•May 28, 2009 • 3 Comments

Fuh..dasyat gileeerrrr tajuk kali ini..

memang dasyat..sedasyat hati ini bila mendengar berita kurang baik dari emak 3 hari yang lalu..

padahal hari sebelum kejadian tragis ini..diri ini menelefon ayah dan emak untuk bertanya khabar dan memohon restu sebelum menghadapi peperiksaan akhir.

“Assalamualaikum ayah..ayah dah tidur ke?”sudah pukul 12.30 malam, barulah terhegeh-hegeh nak telefon..

“Wa’alaikumsalam, Ayah belum tidur lagi.Ape kabar?”

“Kite sihat alhamdulillah, Ayah sihat?ayah..mak ade?”selalunya teman baik untuk mengadu apa-apa aje adelah mak..tapi..

“Ayah baik-baik aje, mak kau takde, die tdur rumah makcik kau kat jb hah..bas xdtg amik kat rumah, sebab tu die tdo dekat sana..senang nak pegi keje esoknye”begitu lantang suara ayah walaupun sdah tgh mlm buta.Suara ayah memang garang.Kalau orang yang pertama kali bercakap dgnnya di telefon mesti mereka akan ingat mereka sedang dimaki hamun..heee :)

“Ohhh…kalau macam tu xpelah..ayah, esok kite periksa, doakan kite eh ayah”

“InshaAllah..jawab dengan tenang, jangan lupa selawat banyak2″

selepas memberi salam, talian diputuskan..

truuut tutt..truut tutt..truut tut..

Cuba menghubungi telefon bimbit emak.lamanya..mungkin emak sudah tertidur..

“Hello” Suara yang agak perlahan menjawab panggilan tadi

“Hello assalamualaikum emak,, emak dah tidur ek?, maaf ganggu tengah malam-malam bute ni”

“ade ape lia?”

“Mak, mak sehat kan?mak..esk kite periksa, mak doakan kite tau mak ek?”Mak macam xbermaya sahaje nak menjawab…kesian kat mak..esk awal2 pagi sudah kena bangun tuk pergi bekerja.

“Yelah, mak doakan. k lah Lia..mak nak tdor ni..dah ngantuk dah..bye”

erk….dah termati dah handphone.selamat malam emak…

sebelum ini..mak x macam ni..

Hati ini dapat rasakan..

ada sesuatu yang tidak kena…

ada sesuatu yang menghantui emak dan ayah…

Ya Allah..redakan hati yang gundah gulana..

Redhakan segalanya..

bersambung..

::Tomodachi desh,sayonara!::

•May 23, 2009 • 2 Comments

Subhanallah Walhamdulillah Wala’ilahaillallah Wallahuakbar!

(puji-pujian untuk Rabbul ‘Izzati yang memberi nikmat Iman dan Islam)

Entah Mengapa..

Semester ini begitu syahdu buat diri..

mungkin sedikit waktu lagi aku akan pergi meninggalkanmu..

walaupun bukan untuk selama-lamanya..

tapi dalam satu tempoh yang agak lama..

(siapa tahu?hanya Tuhan yang tahu..)

diri ini belum ber ” graduasi” lagi..

tapi baru sekadar menempah nama sebagai “trainee”..

Banyak ucapan yang perlu di lafazkan..

samada kata-kata penghargaan mahupun kemaafan..

Buat sahabat-sahabat..samada nyata atau maya..

Doakanlah diri ini mampu berdiri..

berdiri atas kaki sendiri..

membina jati diri serta menyemai budi..

Selamat tinggal V2C..kenangan persahabatan sepanjang zaman..

Selamat tinggal V3D.F3.5 kenangan suka duka terus terpahat di hati..

Selamat tinggal V3D.G1.5..kenangan berpindah, kenangan terindah..

Selamat tinggal UTP..Universiti terakhir sang diri tetapkan kaki..

Semoga bersua di lain masa…

Tomodachi desh…SAYONARA! :)

selamat berinternship..

ditujukan khas buat semua yang menjalani internship terutamanya:

Syazwani – PCSB,SKO, Miri Sarawak

Syafiqin – BP Chemicals, Kerteh Terengganu

Fazilah – MMC Gamuda, Penang

Aimi zeti – Colgate-Palmolive,Petaling jaya

Amizah – MSET Engineering, Kerteh

Safiah – PCSB,Kerteh

Syafinaz – PCSB,PMO,Kerteh

Muizzah – Johnson&Johnson, Petaling Jaya

Yasmin -PPMSB,Melaka

Fatin Nadiah – PRSB, Bangi


::Belum ada Tajuk::

•May 21, 2009 • 4 Comments

“Kamu tak menyesal Sarah melepaskan peluang yang baik di hadapan kamu?”tanya wawa, teman sebilik Sarah tatkala dia mendapat tahu yang Sarah dilanda sesuatu masalah yang memerlukannya membuat pilihan..

“saya tak menyesal wawa..saya dah pun buat keputusan..dan keputusan yang Allah tetapkan inilah yang terbaik buat saya”

“apapun jua keputusan sarah..wawa akan tetap sokong sarah sampai bila-bila” sambil memeluk sarah dengan wajah yang sayu..

“Terima kasih banyak wawa”

mereka berda tersenyum sambil menghabiskan saki baki ulangkaji untuk subjek terakhir pada esok hari.

Perpisahan akan berlaku dalam tempoh yang agak lama buat mereka berdua..berjumpa atau tidak selepas itu..hanya Allah saja yang tahu..yang pasti mereka berjuang pada matlamat yang satu..

Tunggu…

Allah berfirman, bermaksud; “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” Al-Baqarah : 216